PERKHIDMATAN

PROGRAM MOTIVASI & ILMU EKSEKUTIF

  • KULIAH AGAMA EKSEKUTIF - diadakan di pejabat-pejabat kerajaan & swasta ketika waktu rehat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan pekerja berdasarkan agama dan motivasi pengurusan pentadbiran yang bertunjang kan syariah.
  • KLINIK PENGAJIAN AL QURAN DEWASA - membantu golongan dewasa yang masih tidak mampu membaca al quran. Kaedah dan teknik pengajian yang komprehensif berdasarkan pengalaman dan teori.
  • KULIAH BAHRUL MAZI - pengajian kitab turoth pusaka karya agung ilmuan nusantara untuk dikaji dan digali khazanah ilmu dan disemaikan kembali dalam diri individu muslim.
  • KULIAH TARBIYATUL AULAD - pengajian kitab pendidikan anak- anak menurut kacamata ulama islam yang berasaskan quran dan sunnah dan ilmu yang patut dipelajari oleh pasangan ibu bapa atau bakal mempunyai keluarga.
  • SEMINAR PERUBATAN ISLAM - kursus & seminar berkaitan gangguan makhluk halus dan juga rawatan kaedah bacaan (jampi) sebagaimana yang diajarkan oleh nabi kepada seluruh umat. Ilmu sebegini jarang dipelajari sedangkan kesemuanya berlandaskan ajaran islam.
  • KAUNSELING KELUARGA - menangani masalah keluarga dan anak- anak bersandarkan ajaran islam dan doa- doa yang sesuai. Dengan cabaran dunia hari ini memerlukan kita mendapatkan idea dan cara bagi memudah perubahan dari kurang kepada lebih.
  • MOTIVASI WANITA - kursus sehari untuk para wanita yang bergelar ibu yang akan menjadikan mereka terasa lebih dihargai dan berkhidmat untuk keluarga dengan lebih ikhlas.
  • CERAMAH-CERAMAH SEMPENA TARIKH  PENTING ISLAM - menyampaikan ceramah-ceramah seperti Israk Mikraj, Maulid Nabi, Awal Muharram, Nuzul Quran dan lain-lain.

PROGRAM MOTIVASI & ILMU REMAJA

  • KERAS - Kem Remaja Soleh. Perkhemahan Remaja peringkat pertengahan umur yakni remaja lelaki dan perempuan dengan penerapan nilai- nilai akhlak remaja dan pengisian motivasi dengan cara islam.
  • KURSUS IMAM & BILAL MUDA - perkhemahan remaja lelaki dengan suasana persekitaran di masjid atau surau untuk menjadi para imam atau bilal  dengan persediaan ilmu dan bertugas secara professional serta membincangkan isu- isu feqah yang berkaitan,
  • KEM SMART SOLAT - kursus yang mendekati para remaja yang seringkali meninggalkan suruhan solat fardhu secara sengaja dan tida kekuatan untuk melaksanakannya kerana ketiadaan ilmu berkaitan senangnya mendirikan solat. Kem ini juga membincangkan isu feqah berkaitan dan memberikan kefahaman tentang solat.
  • PERMATA HATI - perkhemahan remaja lelaki & perempuan yang menghadapi masalah sosial atau yang baru terjebak atau berpotensi untuk terjebak dengan kes- kes sosial yang teruk seperti zina, arak, rokok dan lain- lain lagi.
 
PROGRAM MOTIVASI & ILMU PELAJAR

  • KEM SOLEH - perkhemahan pelajar di masjid atau di surau dari pagi hingga ke petang sempena cuti sekolah dengan pengisian akademik, ibadah, kekuatan fizikal dan juga kemahiran komputer. Diadakan di banyak lokasi dan digabungkan setiap hujung tahun dengan aktiviti- aktiviti tambahan seperti pertandingan- pertandingan ilmiah.
  • KETARA - kelas tahfiz al quran kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk menghafaz 30 juzu' al quran dengan memperoleh sijil pengiktirafan (syahadah) dan melahirkan masyarakat generasi al quran.
  • SMART SCHOOL SMART STUDY - Kursus motivasi pelajar di peringkat sekolah berkenaan teknik belajar dan juga cara menjawab pepeiriksaan dengan berkesan terutama bagi pelajar- pelajar yang lemah dan agak ketinggalan.

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini4
mod_vvisit_counterSemalam13
mod_vvisit_counterMinggu Ini22
mod_vvisit_counterMinggu Lepas59
mod_vvisit_counterBulan Ini69
mod_vvisit_counterBulan Lepas332
mod_vvisit_counterJumlah3253