FALSAFAH Program- program yang dijalankan ini adalah dengan kerjasama banyak pihak di peringkat korporat, institusi pengajian tinggi, sekolah, masjid atau surau merupakan salah satu ikhtiar dan sumbangan yang kerdil dibawa ke masyarakat awam terutama kepada anak-anak kita.Ianya bertujuan mendidik dan juga memberi galakan kepada peserta- peserta yang juga merupakan seorang individu, penjawat awam, pelajar, anak, dan juga kepimpinan masa hadapan yang perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan duniawi apatah lagi ukhrawi. Pendidikan yang terawal selepas kelahiran manusia ialah dengan didikan al-Quran, kalamullah yang maha agung. Persiapan ini semua bagi menempuh peredaran masa yang penuh dengan cabaran globalisasi yang memerlukan jatidiri yang kukuh selaras dengan didikan agama.Semoga usaha yang dijalankan ini membuahkan hasil yang memuaskan bagi membentuk generasi al-Quran sebagai seorang individu muslim, pelajar muslim, anak yang soleh dan solehah, dan mukmin yang dinamik dan juga bijak dalam menjiwai semangat keperibadian muslim justeru mampu memperkembangkan ilmu di dalam masyarakat, terutama di sekitar kawasan masing-masing, terus ke peringkat Negara dan antarabangsa, bertepatan dengan hadith nabi S. A. W, yang bermaksudkan, "sebaik-baik golongan ialah mereka yang belajar dan yang mengajarkan al-Quran" Wallahu 'alam. MATLAMAT Program-program yang disediakan adalah untuk melahirkan ulama' muda atau professional yang diisi dengan keilmuan islam, dan moden yang dicorak dengan corakkan al-Quran, disamping dapat merapatkan ukhuwwah di kalangan peserta yang menyertai program di samping bertukar- tukar idea dan pendapat bagi melahirkan pemimpin yang terbilang kepimpinannya, anak yang soleh mahupun solehah, serta pelajar yang cemerlang dalam pelajaran supaya bersedia dengan ilmu yang mantap bagi menempuh dunia yang lebih global. OBJEKTIF VISI & MISI Menjana pembangunan insan yang bertaqwa, seimbang dan berkualiti tinggi dengan menyediakan program latihan dan motivasi yang berkualiti melalui kerjasama dengan pelbagai agen pencorak masyarakat seperti institusi pendidkan, institusi sosial, organisasi korporat, badan kerajaan dan sebagainya. MOTTO Melahirkan Generasi Al Quran